Pages

Rabu, 28 Mei 2014

Kaedah Berhubung Dengan Pusat Sukan UMS

SPORT CENTER, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
ico-phone+6088 - 320 000 ext: 3158 (General Inquiries) ico-fax +6088 - 320 125

Selasa, 27 Mei 2014

Sukan bola tampar liga sukan Sekolah UMS 2014



Kejohanan Liga Sukan Sekolah UMS 2014 untuk bola tampar.
Kemudahan yang digunakan ialah Gelanggang futsal, sepak takraw dan bola tampar.

Gelanggang ini menyediakan kawasan teduhan yang sesuai untuk pemain-pemain dalam aktiviti sukan bagi mengelakkan mereka daripada panas yang berlebihan yang tidak bagus untuk tubuh badan.

Gelanggang ini memerlukan penyata kebenaran dari pihak-pihak tertentu yang ingin menggunakan gelanggang separuh tertutup itu kepada pihak Pusat Sukan UMS untuk mendapatkan kebenaran penggunaan.

STADIUM UMS


Stadium UMS merupakan salah satu stadium yang popular di Sabah. Kemudahan ini berada di dalam hak penjagaan Pusat Sukan UMS.
Diskripsi Stadium UMS:-

  1. Meliputi kapasiti sebanyak 3000 hingga 3500 penonton.
  2. Mempunyai bahagian tertentu:
    • Berteduh (1200 penonton)
    • Tidak berteduh (1600 - 1800 penonton)
  3. Tidak tertutup (Stadium terbuka)
  4. Kemudahan bersama Stadium
    • Stor & inventori barangan atau peralatan sukan
    • Mini gimnasium
    • Pusat Sukan UMS (Pusat pentadbiran)
    • Bilik mini mesyuarat
  5. Reka bentuk:
    • Mudah, ringkas, stabil dan kukuh.
    • Berbentuk segi tiga melalui pandangan sisi.
    • Bangunan konkrit sintetik penuh.
    • Dilengkapi dengan trek dan balapan sintetik.
  6. Padang:
    • Anggaran ukuran padang (100 meter panjang, dan 65 meter lebar)
    • Rumput semulajadi Cow (cow grass)
    • Kemudahan padang yang cukup:
      • Tiang gol
      • Jaring tiang gol
      • Garisan putih
      • 4 bendera penjuru
    • Dijaga dengan penjadualan yang ketat dan rapi oleh Pihak Pusat Sukan UMS.
  7. Trek balapan sintetik:

    • berwarna merah tua.
    • trek diperbuat daripada campuran getah sintetik.
    • berlorek warna putih bagi penanda acara tertentu.
    • mempunyai 8 lorong (400 meter penuh).
    • tambahan 2 lorong (100/110 meter pecut utama).

JOHAN BOLA TAMPAR LIGA SUKAN SEKOLAH UMS 2014

Antara pemenang liga sukan UMS 2014


Kumpulan yang memenangi Bola Tampar Liga Sukan Sekolah UMS 2014.
Pemenang untuk sukan bola tampar ini adalah merupakan pelajar-pelajar sekolah pendidikan dan pembangunan sosial (SPPS) untuk program Sains Sukan HS20.
Kumpulan mereka merupakan Johan keseluruhan untuk acara sukan Bola Tampar dan mendapat hadiah hamper, medal dan sijil penyertaan.

KAYAK LIGA SUKAN SEKOLAH UMS 2014

Antara aktiviti sukan massa yang dijalankan ialah sukan kayak.


Sukan kayak ini dilaksanakan pada april 2014 dan bertempat di Pantai ODEC UMS. Gambar berikut dalah salah satu daripada peserta untuk sukan massa.


TREK STADIUM

Trek Stadium UMS


Ini adalah track stadium UMS. Merupakan kemudahan yang digunakan untuk acara balapan dan olahraga sukan. Diskripsi trek ini ialah:-

  1. berwarna merah seperti yang diatas.
  2. trek diperbuat daripada campuran getah sintetik.
  3. berlorek warna putih bagi penanda acara tertentu.
  4. mempunyai 8 lorong (400 meter penuh).
  5. tambahan 2 lorong (100/110 meter pecut utama).
  6. antara acara yang bersesuaian:
    • acara 100 meter pecut
    • acara 200 meter pecut
    • acara 400 meter
    • acara 1x400 meter pecut
    • acara 4x400 meter
    • acara 800 meter
    • acara 1500 meter
    • acara 3000 meter
    • acara 5000 meter
    • acara 10000 meter
    • acara 10000 meter berjalan kaki
    • acara 110 meter berpagar
    • acara 200 meter berpagar

Selasa, 15 April 2014

PENDAHULUAN

Antara sukan yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah Liga Sukan Antara Sekolah. Ia melibatkan setiap sekolah yang terdapat di UMS. Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, futsal, sepak takraw dan bola tampar serta olahraga. Setiap sukan ini dijalankan di sekitar kompleks sukan UMS yang melibatkan trek balapan, padang bola dan gelangang beratap.
Selain itu, UMS juga telah mengadakan sukan pantai yang bertempat di sekitar kawasan Pusat Kegiatan Luar (ODEC). Sukan pantai ini melibatkan pertandingan seperti futsal pantai, kayak dan perahu naga.

Prakata

PENGENALAN

Asalammualaikum dan salam sejahtera.. 

Terimakasih kerana mengunjung..

Blog ini merupakan hasil kerja pelajar sains sukan ums (HS20) Universiti malaysia Sabah. Blog ini dihasilkan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan kursus ICT dan sukan. Disamping itu, bertujuan menyediakan maklumat yang berguna kepada pengguna-pengguna laman sesawang.
Blog ini mengandungi maklumat yang berkaitan kemudahan sukan yang terdapat di UMS. Selain itu, Blog ini juga menyediakan info semasa berkaitan aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan kemudahan sukan yang ada di UMS. 

Kemudahan sukan yang disediakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah pelbagai dan dapat memuaskan hati ramai mahasiswa dan mahasiswi di Universiti tersebut. Kemudahan sukan yang disediakan di UMS ini bertujuan untuk memudahkan aktiviti sukan seharian yang dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi. Bukan itu sahaja, mahasiswa dan mahasiswi UMS ini juga boleh menggunakan kemudahan sukan yang disediakan untuk mengisi masa lapang dan masa senggang dan dapat menghilang rasa stres dan tekanan daripada aktiviti seharian di Sekolah masing-masing.

Semoga maklumat dan info terkini ini dapat memberikan faedah dan manfaat kepada semua.